DAY 2 KOREA



























Terletak di Itaewon , bbrp km dari bandar Seoul ,merupakan masjid utama atau the only masjid di Seoul. Merupakan islamic centre untuk semua umat islam di bumi Seoul . Kunjungan kami hari ini sangat dinantikan sebab untuk menunaikan tanggungjwb sebagai hamba pada hari Jumaat yang mulia ni , 21 MAc 2014 , alhamdullilah Allah sangat permudah segala urusan yang baik bila senangnya cari masjid ini setelah puas telek map dari msia serta bantuan student melayu yang sungguh fasih cakap Korea, ditambah pula ada ahjussi      ( pakcik) tolong kami hantar sampai depan subway tu nak tolong kami cara nak transit dari Hyehwa Station (blue line 2 ) berhenti di Samgakji then transit ke Purple Line 6 ke Itaewon station. hey..sanagt la senang coz kita di KL pun biasa dah dengan LRT bagai..so xde la jakun sangat..heheheh!!



Sila pahamkan sistem subway ada ada ye. Ada banyak line yang menghubungkan semua tempat , means di Seoul semua tempat boleh dihubungkan dengan cara transit tempat-tempat tertentu . Setiap subway atau street signage sangat membantu , jangan takut ada dalam english ! Google dulu sebelum kemana-mana , jangan bimbang Seoul kaya dengan free wifi setiap hotel pasti akan bagi free wi-fi so sangat senang nak google map !!!

Di Itaewon makanan halal cukup banyak . Iranian,  Pakistan, Korean halal food yang bestnya kebab yang tersohor tu !!  Sementara menunggu suami n anak-anak solat jumaat , yazzy pun amik kesempatan try makanan Iran di sini...



Tak tahu menu apa yang diorder, tapi yazzy tak nak makan heavy so order roti nan and susu cream tak sangka..sedap sangat !!! Bella try teh strawberry.. Order makanan macam ni je dah KRW 12,000 ( RM 36). Ada ramai yang kami jumpa di Itaewon orang Indonesia dan student Malaysia, memang tempat solat bagi rakyat Seoul kan !! so semua berkumpul solat dan makan di sini, no wonder la tersenyum senyum adik-adik student tengok kami..

Jom kita tengok apa tempat makanan muslim di Itaewon

 

1) MUREE MUSLIM FOOD


 Muree Muslim Food one of favourite tourist spot untuk makan di Itaewon

2. MR KEBAB ( terbaik sedap)


 




Bella, bella !! bukan ke tadi dah makan roti nan , selang 15 minit je ni, Bella teruja makan Mr Kebab nasi daging yang tak terkata dek perkataan !!! Sedap sedap sedap !!! Jumpa ramai student Malaysia singgah makan sini. Makan jangan nak duduk sembang lama-lama ye , sebab space terhad , bagilah peluang orang lain nak duduk dan makan ...










Disini ada market halal food, so semua yang datang nak beli perkakas nak masak ..semua ada belaka. Cuma kami tak le membeli sebab dah google, barangan halal sini memang mahal , sebab itu kami sanggup bawak 10kg makanan dari Malaysia, jimat bukan !Memang diakui sendiri , makanan halal di Itaewon sangat mahal, satu hidangan makanan di Muree Muslim sahaja dari observation yazzy via blogger and tengok sendiri  di menu , untuk satu family full menu , ada 3 lauk standard will cost u rm 200 and above !! So kami tak terasa nak makan sebab kami dah simpan satu niat nak makan satu tempat di Dongdaemun...ikan bakar salai !!!!!! Yang itu ramai cakap sangat sedap...dan berbaloi, jimat !!!!! next entry ok


Jalan-jalan sekitar street market di Itaewon, beli extra sarung tangan dan stokin.



 









No comments:

Post a Comment