DAY 1 KOREA

caramel macchiato super duper hebat !!!! coffee made in korea memang sedap

 

 


 CARAMEL MACCHIATO makes a day perfecto

Selesai pekena kopi hebat ini , kami bergerak ke area sekitar , tak mau pegi jauh-jauh takut sesat..kan lonely planet ni di Seoul so kita belajar apa yang patutla according to map di tangan ni!! Banyaknye nak kena belajar sini..takpe yang penting dah sampai dan gunakan waktu sebaik mungkin. Percutian yang bukan murah okey..so use wisely masa dan duit yang ada !!!!

So itenary hari pertama sampai ni tidaklah banyak cuma nak survey subway serta jalan-jalan sekitar guesthouse kami di Sungkyunkwan Univeristy/Hyehwa . So bermulalah episod percutian berjalan kaki beramai-ramai sekitar Seoul . Antara 1st day itenary kami 19 Mac 2014 adalah ;

1- Seoul National Science of Museum di Jong-no Gu .


kami tak sempat nak jenguk dalam sebab masa tu hampir jam 5 petang so rugi pulak rasa nak masuk coz muzium tutup pukul 6 . So bella hanya bergambar dengan maskot di luar pintu je..hehehehe. Cuaca jam 5 ni nampak macam mendung kalu ikutkan forecast tadi , petang ni hujan , so yazzy fikir tak perlu jalan jauh-jauh since hujan macam nak turun je.

 asal bergambo jadi la...wah ..cam romantik gitu, dah tua-tua ni cam rasa muda belia je pergi honeymoon disaksikan oleh penyeri2 batalion lain seramai 5 orang tu..hahah..rezeki anak-anak kan !!

Bella stress tak dapat masuk ....Meronta-ronta kesian...

Kami ni memang suka buat hal sendiri so merayau sampai belakang museum , tengok ni apa yang kami nampak, Sakura dah ada yang blooming la..alhamdulliah dapat juga tengok camne dia berbunga, macam jakun masing-masing..hahahha bukan senang nak tengok bunga tu tiba-tiba berputik kat dahan ooooo....subanallah cantiknya bumi DIA !!!

'Hujan emas di negeri orang, hujan batu dinegeri sendiri'..mmg best lagi negeri sendiri, tapi deep down my heart rasa negeri 4 musim..subahanallah cantik sangat !!!!!!






2-Hyehwa Subway Station

Subway terdekat dengan tempat tinggal kami, just few minute walk ( dalam 7 minit je) .



Line 2- Blue line - Hyehwa Station

TIPS mengenai subway di SEOUL sila layari : /http://www.exploringkorea.com/seoul-subway-guide/  


Senang sangat nak guna reload mesin ni , ada english version so tak jadi masalah , macam reload LRT je...
ni ha rupa T-money ( macam touch n go kita la) , semua pun boleh guna bus, train, taxi ...ooo sangat senang tak payah pakai cash !! Buat pengetahuan uols , pengguna kad T-money adalah lebih jimat berbanding cash , disana mereka mengalakkan semua org pakai kad sahaja instead of cash sebab dapat banyak penjimatan/diskaun !!!

 Jom kita tengok brp kadar tambang dari satu station ke satu station ;


So maksudnya kadar dari satu station hanya 1,050 won ( RM 4) sahaja bagi radius 10km, jimatlah tu lagipun tempat-tempat menarik  tak jauh, semua dekat dekat bandar sahaja . Lagi sekali diingatkan jangan convert bila berbelanja, nanti tak jadi berjalan...hahahahaha... ok.ok jom kita tengok ..apa lagi today yazzy explore..sekitar jalan-jalan di Hyehwa Street..wah..wah...mau abis duit sebakul pun lum tentu cukup nih !!!!!!

3. Hyehwa Street




Puas pujuk bella..tak halal sayang...nak jugak..nak jugak..bella lapar !!! Ah sudah !!!

sejuk tu...cam nak masuk tangan dalam baju je..terpaksa pakai glove sebab cuaca medung 5 celsius

ni je yang boleh makan


4.  Changgyeonggung Palace cherry blossoms




 Nothing symbolizes the advent of spring in Korea more than a cherry blossom in full bloom

 Sayangnya kami tak sempat nak jenguk ke dalam sebab jam pun sudah pukul 6 ptg ( waktu  malasyia 5 pm)..hmm..tengok flyers je la..lagipun dari luar memang tak ada nampak pun bunga sakura berbunga . 

Selepas itu try to explore jauh sikit, kononnya dapat la jumpa tempat-tempat lain yang lagi best, jalan dalam 5km gitu , tetiba hujan renyai dan semakin lebat kami pun terpaksa cari tempat berteduh , sebab..masyallah..sejuk sampai mencucuk-cucuk badan la !!! Awas ye kalau bawak anak-anak ketika dalam musim hujan, waktu musim sejuk begini, try to avoid la ye..cari tempat yang boleh berteduh, sebab pada masa kami berdegil nak teruskan jugak berjalan langsung tak jumpa tempat berteduh, Thaariq jadi beku !!!! Badan semua jadi keras ais..kami berlari balik rumah..takut jadi apa-apa kat dia..sepanjang 8km tu..yazzy tpaksa dukung dia sebab dia dah jadi 'diam'...

Apalagi balik rumah, kami tpaksa guna air panas bagi meredakan badan dia..sungguh menakutkan, thrill but yet beringat !!!! Still percutian day 1 memang satu pengalaman yang indah.....



 



No comments:

Post a Comment