Wednesday, July 9, 2014

Thursday, May 8, 2014

2ND DAY SEOUL - ITAEWON ( MASJID SEOUL)

Masjid terbesar Seoul di Itaewon


Terletak di Itaewon , bbrp km dari bandar Seoul ,merupakan masjid utama atau the only masjid di Seoul. Merupakan islamic centre untuk semua umat islam di bumi Seoul . Kunjungan kami hari ini sangat dinantikan sebab untuk menunaikan tanggungjwb sebagai hamba pada hari Jumaat yang mulia ni , 21 MAc 2014 , alhamdullilah Allah sangat permudah segala urusan yang baik bila senangnya cari masjid ini setelah puas telek map dari msia serta bantuan student melayu yang sungguh fasih cakap Korea, ditambah pula ada ahjussi ( pakcik) tolong kami hantar sampai depan subway tu nak tolong kami cara nak transit dari Hyehwa Station (blue line 2 ) berhenti di Samgakji then transit ke Purple Line 6 ke Itaewon station. hey..sanagt la senang coz kita di KL pun biasa dah dengan LRT bagai..so xde la jakun sangat..heheheh!!

Sila pahamkan sistem subway ada ada ye. Ada banyak line yang menghubungkan semua tempat , means di Seoul semua tempat boleh dihubungkan dengan cara transit tempat-tempat tertentu . Setiap subway atau street signage sangat membantu , jangan takut ada dalam english ! Google dulu sebelum kemana-mana , jangan bimbang Seoul kaya dengan free wifi setiap hotel pasti akan bagi free wi-fi so sangat senang nak google map !!!






Wednesday, May 7, 2014

Berkampung di BONG HOUSE , Jongno-Gu , Seoul


Suasana macam siri drama KOREA je kan..kawasan Sungkyungkwan University di Hyewa.

Cantikkan tempat yazzy pilih untuk merehatkan badan and minda . Di hyehwa ni memang terkenal dengan student dan dekat dengan subway Hyehwa. Lagipun semua bangunan cukup meredupkan mata , bangunan pencakar langit tiada disini ye...yy memang pilih to stay tempat yg still heritage lagi , macam berada di lokasi drama KOREA je ...alhamdulila cuaca petang ni jam 2.00 waktu Seoul ( waktu Malaysia 3.00 ptg ) sangat redup, angin sepoi-sepoi bahasa gitu dan sangat sejuk , tengok hp memang 5 celsius tu !!! Sejuk gigil macam petiais..!!

Setelah check in di Bong House , kami pun diiringi Minji tersayang, comel sungguh la diog ni tengok berdepan , memang kulit bak kulit telur !!!! Jeles i ...hehehehe kami ke studio apartment yang disewa dengan kadar RM 2000 selama 6 hari . Privacy dan ada 6 bunk bed, boleh masak !!

Studio kami di tingkat 3 ..aduhai..jenuh anak-anak angkat beg !!!

Tapi cuba uols tengok apa kedai di bawah apartment ini, kedai makanan seafood segar !!! Alahai sedapnya nampak sotong besar kepala kita ni ha...!!!




nak start ronda ronda town !!


Disebabkan tak familiar lagi tempat makan halal sekitar so kami masak dulu sebelum keluar , bekalan yang ada tu kita masak la apa-apa yang simple, time sejuk-sejuk ni memang terasa cepat lapar !!



Tengok tu menu yang simple untuk 1st day , hari ini menu spaghetti goreng dan nasi goreng kampung . Cukup untuk kami 7 beranak . Yazzy bawak butter sebagai ganti minyak masak . Bawang besar holland beli di kedai bawah apartment kami .Ada minimarket di sebelah rumah, menarik lafaz lega sebab dah terperasan tadi lalu depan kedai tu banyak boleh beli untuk masak , sayur dia sungguh fresh , gebu gebu ! So kenyangkan perut anak-anak dulu, takut meragam pulak time jalan-jalan .Thaariq makan banyak !!! Tengok tu..kaki spaghetti la katakan..(kata atok dia..kecik-kecik dah ke korea !!..hahahha). 

Sabun taharah untuk tujuan samak semua utensils guesthouse .

 


Ha..tengok ni fresh tak buah-buah diorang , kat street market je ni bukan di supermarket ! Tergeliur ayak liur ..hahah..

Murah -murah je tapi barangan memang kualiti !!

 


Inilah anak-anak bujang saya..

 this is mr n mrs din tailor
thaariq and bella



we are the only gals dalam family !!!
mummy and bella


Jacket kami by H & M dan Mark n Spenser, Sweater Knitted by Zara , tudung by YY Mall ( wide shawl)







Friday, May 2, 2014

1st day KOREA 19 MAC 2014 part 1

Bermulalah episod yg ditunggu 19 Mac , Flight MAS 066 jam 11.00 pm dari KLIA ke INCHEON, Seoul. So makayah pun excited hantar kami , nak tengok cucunda sblm pergi . MAsing-masing berserah pd Allah coz pada masa kami berlepas ni MH 370 baru saje jadi topik hangat hilang last 2 week !!! Kita berserah pada DIA saje ...
kami ber 7 pergi , yazzy n hubby diringi anak-anak 5 orang...excited and selalu berdoa !!!

tengok thariq dan bella manja dengan atok !!! mulalah episod 'fashion showcase' !!!

Mr n Mrs Din Tailor ( WELL DRESS TAILOR )

kami anggap ni honeymoon kami yg ke 16 tahun !! Wah lamanya bertahan..alhamdullilah , biarlah sampai ke JannahNYA...

Penerbangan ke Incheon dari KLIA makan masa 6 jam , bertolak jam 11am sampai jam 6.50 waktu Seoul. Masa di Korea awal 1 jam dari Malaysia. Before arriving tu , pilot inform cuaca di luar 5 darjah celsius !! We all ponder , how cool its goin to be...semua gloves, muffla dan ready siap-siap dalam bag sack . Alhamdulliah safe landing and its 1st time di bumi KOREA !! Alhamdulilah panjang umur dan MAS tak ada masalah !!!  Dari airport , macam expert je cari 7-Eleven atau Gmart untuk beli T-Money . Kad reload utk semua kegunaan pengangkutan di Seoul ( subway, cab n etc). Airport Incheon mmg cantik , no wonder diantara airport terbaik dunia tu !!!
We all take a bus as directed by owner hostel kami. Thanks minji u help us a lot . Selalu balas balas email almost 2 month .

direction : BUS NO 6011 to Sungkyungwan Universiti

Walaupun mengantuk tak cukup tidur dalam fight , cuaca sejuk buat mata kami jadi bundar !!!
janganlah lupa nikmati susu pisang yang selalu blogger cadang. Banana wuyo in Korean language !! 
Susu pisang..perkara pertama yazzy nak adalah minum susu pisang ni !!! Bila semua anak-anak rasa mereka terus addicted satu hari atleast 4 botol sorang tu.. Each selling KRW 1500 ( RM 3.50) je . Bayangkan tiap hari beli stok 10 botol hmmmm RM40 sehari untuk susu kocak pisang ni, apa pun sangat puas dan perasaan yang mengidam selama ni dah pun termakbul !!!!

Setiba di Bong Guesthouse di Hyewa atau Sungkyungkwan University ( berdepan ), sangat selesa ada 3 katil double decker means ada 6 katil bujang and quiet spacious utk family !! Kitchenette , stove, kitchen appliances , segala macam benda ada so mmg yazzy tak bawak apa-apa pun cuma bawak sabun taharah untuk kerja-kerja menyamak semua periuk before masak time !!!




Perkara pertama kami buat..hahaha..susun makanan yg bertnya almost 10 kg dari Malaysia..Tengok tu macam2 ado !!!


 So jom kita kira bajet 1st day sampai ni start dari airport tadi ,

1- belanja di 7-eleven tadi KRW 15,000 ( RM 48) susu pisang 3, air tin 3
2- beli T-Money ( reload tidak termasuk ye) KRW 18,000 ( 57) utk 6 kad , bella - 9 tahun kadar separuh dan Thaariq free !!
3- reload top-up setiap kad KRW 10,000 ( RM30 x 6) jumlah RM 180 , harap cukuplah buat tambang subway atau bus selama 6 hari. Kalau tak cukup takpe tempat reload punyalah banyak di G-MArt atau 7-eleven, subway lagi senang pakai mesin yang friendly user tu !!!
4- tiket bus dari airport ke guesthouse KRW 50,000 ( RM150) , bella dan thaariq free pulak..rezeki !!! Agaknya suka tengok muka Thaariq dah ala-ala budak K-pop..Korean suka pulak usha-usha dia..dia lagi la melayan !! Kampung dia la katakan !!!
5- Minum sebentar di Paris Baquette . My Favourite caramel macchiato dan roti-roti pun dah KRW 40,000 ( RM120) ..terkejut ?..biasalah nama pun negara maju kan !!!
6- Bayar penginapan di guesthouse selama 6 malam costly RM 2,000. Itu pun dah diberi diskaun selepas slow talk selama 2 bulan !!! Jangan terkejut tempat penginapan di Seoul memang diakui mahal esp. bila kita bawak family yg ramai , kalu berdua memang sangat jimat boleh share dengan mana-mana roomate lain . Bagi hubby dia tak nak share toilet atau kitchen so kenalah keluar extra sedikit untuk 'privasi' tu.. Standardla tu..
 So total 1st day je dah makan belanja RM 2555 ..kalau anda convert di kepala memang rasa mahal tapi sebenarnya anda baru berbelanja KRW 809,235.17 , kalu paham maksud yazzy sebenarnya jika di matawang mereka kami ni baru je berbelanja 800 lebih je sebenarnya, disebabkan matawang kita yang rendah teramat nilai 3 kali ganda so terasa besar !!

Peringatan : JIka anda berada di luarnegeri jangan convert apa yang anda belanja dengan RM nanti tak selera nak berjalan dan makan..Kami cadang nak belanja lebih kurang 8 ribu duit mereka so kena tukar RM siap-siap which means 8x3..hmmm paham-paham sendirilah ye !!!!





TIPS KE KOREA

Alhamdulilah dengan bantuan bloggers dan frens of mine yang dah ke bumi KOREA sendiri without tourist guide atau join mana-mana group , so yazzy decided cabar diri sendiri , boleh yazzy boleh !!!! Kalu based on apa diog experienced memang senang explore sendiri , lagi pun jimat !!! Itu yg penting . 


TIPS KE KOREA jika anda ingin backpacker :

1- fahami sistem pengangkutan - subway , route/jalan ( bus) sangat senang mcm LRT kita je..cuma diog lagi canggih , no doubt lah!!

2- fahami sikit-sikit bahasa penting :-

 안녕하세요 (annyeonghaseyo)hello
 안녕 (annyeong) goodbye
Have a nice day 좋은 하루 되세요 (joeun haru dweseyo)
 How much is this? 이게 얼마예요? (ige eolmayeyo?)
 Sorry 미안합니다! (mianhamnida)
 Thank you 감사합니다 (kamsahamnida)
 I love you 사랑해 (sarang hae)

!! They love to bagi 'salam' pada kita bila jumpa..sangat2 polite lah diog ni..suka..suka!!

3- cari penginapan dalam  www.booking.com atau www.airbnb.com ( tanpa deposit dan boleh cancel 2 minggu sebelum ) !!

4- fahami 10 tempat menarik yang perlu anda kunjung bila ke sana , so tak blur la..

5- buat itenary macam semua tour guide buat , be professional ok..i did it like i was going to conduct one big group !! hahahah..macam best je tukar kerjaya kan !!! one fine day, siapa yang tahu..insallah !!! ingat jadikan traveller not a tourist, coz bila jadi traveller anda akan ingat kemana anda dah pergi dan boleh share experience dengan baik pada semua orang !!!!

6- goggle tempat makanan muslim, yg memang banyak di KOREA , jangan risau ,makanan halal banyak di sana , nanti yazzy share dengan uols !!!!

7- makesure sebelum berlepas, pastikan keadaan cuaca selama mana anda bercuti , google je http://www.weather-forecast.com/ 

8- bila dah pasti keadaan cuaca then baru leh start packing apa yang patut, alahai dalink jangan bawak baju banyak sangat sebab di sana pun boleh beli . Tapi bagi yg short bajet , anda disarankan bawak la ye, cuma kat sana ada dobi sendiri dan di setaip guesthouse pun ada washing machine so apa nak risau !!!

9- pastikan tukar awal-awal duit . Sebab pertukaran wang asing selalu naik turun, kalu turun tu ok  kalau setiap minggu naik je alamat ciput jela bajet nanti !

10- jika musim sejuk/spring pastikan anda 'wajib' bawa long john !!!! Malaysian tak biasa sejuk ok. Kalau kita fikir duduk dalam aircon ni sejuk dah..hmm shall i say kat sana 5X kali ganda dari ini, so untuk pastikan anak-anak atau diri kita sendiri nak selesa atau warmer di dalam..tolonglah beli long john !!!

11- Bawaklah jacket atleast 2 , sweater 2 dan topi kepala untuk selesa.Beli time sales atau nak bajet lagi , beli je kat bundle murah sangat you !! RM 10 pun dah dapat, setakat nak pakai seminggu kan, tak payah nak berabis-abisan belanja..( kalau korang nak beli nun di pasar tani/malam sg.buloh diorg ada bundle ) tapak pasar sg.buloh !!! Atau nak lagi havoc gi tanjung malim bundle badin !!!! Perghhh..tak caya google la !!!

12- Bagi yang bawak anak-anak dibawah umur 6 tahun , tolongla bawak stroller, disebabkan semua aktiviti disana memang entirely guna kaki so anak-anak takan tahan !  Patah pinggang jugak nak dukung !!

13- Makesure photostate passport buat 3 salinan letak di dalam hotel, letak dlm beg . Pastikan and beli leather warren bag sebab kuat tahan utk kita letak passport dikuatiri tercabut dan pastikan diletak di badan anda sentiada ( pakai sling bag).

14-

Persediaan yazzy 2 bulan sebelum ke KOREA

Assalamualaikum..
Memang lama nak update blog untuk travel log yazzy , kenangan anak-anak and the whole family utk semua percutian yang kami pergi . Syukur ke hadrat illahi kerana panjang umur dan selalu doa panjang umur untuk jelajah bumi indah Allah ni...selagi sihat dan termampu ni!!

Percutian ke KOREA memang tidak dirancang sebenarnya, mula-mula kami cadang ke Beijing sebab anak-anak teringin nak bercuti di negara bersalji...tetapi perancangan jadi lain pulak, tiket MAS ke Beijing pada waktu yang kami nak tu , mak aii mahalnye RM 13K utk 7 orang...so nak dijadikan rezeki ..saje browse MAS ke KOREA pada bulan MAC , kot kot boleh dapat harga murah.. ya Allah , suprisingly mmg kebetulan MAS offered harga JIMAT ke KOREA pada 19-26 MAC 2014 , baru 12,000 untuk 7 orang , terus yazzy booked and tak pikir panjang yazzy nekad sebulat hati !!! Hubby setuju terus ..senyum dia coz mmg lama kami berangan nak ke KOREA..tanyalah semua org siapa yang tak nak ke KOREA kan ??? Pulak tu demam drama KOREA kemain menjadi jadi sekarang 2013-2014..termimpi mimpi kulit gebus licin gadis gadis KOREA...huhu....bak kata hubby yazzy , cari duit penat2 selama ni untuk anak-anak , apasalahnya bagi reward kat diog jalan jauh sikit..

Bayangkan anak-anak bila tahu nak bercuti ke KOREA , hahahaha..siang malam dok cerita and google tempat -tempat best kat sana...angau masing2 !!! So bermula lah episod 'shopping spree' untuk spring collection wear!!!! Seriously bila ke negara luar time musim sejuk atau spring (time sejuk ) then u have to spend banyak sikit la , esp, yazzy yang dah lama berangan nak beli trench coat !! sebab masa ni saje lah yg boleh melaram pakai !!!

We all love fashion . And bermulalah episod peragaan jaket-jaket yang dah lama beli ( few dah beli last time) cuma tambah sikit-sikit je this time..sikit-sikit pun ive to spend RM 8k untuk persediaan luggage bag , winter/spring wear and etc!!! Sekali sekala lepas tu , tak payah beli-beli dah !!!! Grabs some item di H & M , Mark n Spencer , kena pulak timing bulan Jan 2014 , mmg diog offer end season !!! so grab segala yang mampu , bukan segala yg mungkin !!! hahaha..kira bajet..takut overdose coz nak belanja kat sana lagi penting !!!